Rabu, 22 Jun 2011

Mesin Jahit

Hari sabtu minggu leaps sebelum pergi jemputan perkahwinan sempat pegi kedai LSN Sewing Machine yg berada di Cheras. Dah lah tak familiar sangat dengan kawasan tu "Cheras Perdana" nak tak nak cari pelan2 berdasarkan signboard yang ada. Akhirnya sampai gak kat kedai tu. Apa lagi seronok lah maklumlah memang dah lama mengidam nak beli mesin sendiri. Akhirnya dapat juga. First projek ingat nak review balik macam mana nak buat baju kurung. Lepas belajar menjahit langsung tak implement kan pun. Sekarang jer baru bersemangat balik.



Mana taknyer sebelum ni masa weekend penuh dengan jadual kelas. Sekarang tak lagi. Moga2 dapat buat dengan jayanya.InsyaAllah...lagi pun sekarang ni nak hantar gi tempah baju dah mahal. At least dapat lepass baju sendiri dan Nisrina pun jadilah. Dapat jimat kos.




Ni lah mesin jahit tu...






Isnin, 20 Jun 2011

Pencil case untuk Nisrina

Selamat pagi....


Semalam masa tengah duduk2 terfikir apa nak buat. Maklumlahlah kelas semua dah abis. Nak start cross stitch macam malas jer. Jadi apa lagi kesempatan yang ada, visit blog kengkawan. Dapatlah idea nak buat pencil case. Apalagi tengah hari semalam pegi Ampang Park untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Haa inilah hasilnya....




Nisrina Collection