Isnin, 7 Februari 2011

Adakah saya seorang yang gagah



Salam....

Ari ni sempat jugak membelek majalah solusi isu 28 yang terbaru...antara tajuk yang menarik adalah ORANG GAGAH??? Hmmm mula2 kalau tengok daripada tajuk tak tahu apa yang dimaksudkan dengan GAGAH..bila habis membacanya barulah faham...

Salah satu cara yang telah digunakan oleh Syaitan untuk memasuki dan menguasai hati manusia adalah melalui MARAH. Kata Imam Al Ghazali marah merupakan pintu pertama kerana apabila seseorang itu bersikap negatif secara tidak langsung dia berada didalam keadaan marah dan tidak mampu untuk mengawalnya. Contohnya seperti memarahi isteri, anak2, memukul seseorang.

Tindakan-tindakan yang tidak disengajakan akan lahir sehingga boleh menyebabkan meninggalkan kesa yang mendalam terhadap seseorang. Malah nabi pernah bersabda"Tidaklah seseorang itu dikira gagah apabila in menang bergusti, tetapi orang yang gagah dan kuat merupakan orang yang mampu menyawal dirinya ketika MARAH" (Al-Bukhari dan Muslim)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan