Selasa, 4 Januari 2011

Minyak naik lagi.....

Pagi tadi masa perjalanan ke tempat kerja dengar berita di radio..Tiba2 dengar berita minyak Ron97 naik lagi. Nampak gaya nyer kena lah bertukar minyak. Dah lah minyak masak nak naik harga (kerajaan bagi tau minyak masak tidak akan naik harga) tapi pekedai runcit dah pun menaikkan harga dari harga sepeket biasanya rm2.50 menjadi rm3.50. Tak lama lagi semua makanan di gerai makan akan naik harga juga dengan alasan minyak naik. Nak buat macam mana hendak atau tidak benda tu dah menjadi satu keperluan utama. Sekarang ni pun nak cari kuih yang harga rm0.40 pun macam susah jer semuanya dah diselaraskan menjadi rm0.50. Hmm..tak tahulah kos hidup sempena tahun baru ni berapa jumlahnya dalam sebulan. Bayangkan pula bagi anak2 yang bersekolah sudah tentu makanan di kantin juga akan meningkat.

Sekarang ni kebanyakkan anak2 sekolah pagi dan petang, berapa lah jumlah perbelanjaan sekolah seharian mereka?? Belum lagi termasuk emak dan ayah punyer perbelanjaan..Huhuhu...betullah kata Tun Mahathir wang kertas ni nilainya akan sentiasa jatuh tetapi dinar atau emas akan statik macam tu sahaja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan