Ahad, 23 Januari 2011

Beristighfarlah dangan hati yang ikhlas

Salam....

Hari ini buka laman web drmaza..pelbagai tajuk artikel yang dibuat oleh drmaza. Artikelnya memang menarik..suka mengikuti artikel yang dipaparkan.

Salah satu tajuk yang ada adalah "MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA". Memang kita slalu digalakkan beristighfar tetapi mungkin selalunya kita beristighfar hanya dibibir sahaja tidak dengan hati yang betul2 ikhlas. Selepas membaca artikel tersebut baru mandapat kefahaman tentang fungsi kita disuruh beristighfar. Antaranya adalah semoga diturunkan hujan, dibanyakkan rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Artikel yang buat bukan berdasarkan fahaman dr drmaza tetapi melalui sumber2 yang betul 2 diketahui kesahihannya.

Kepada kawan2 yang ingin membaca dengan selanjutnya bolehlah melayari blog drmaza iaitu

http://drmaza.com

Dimana pelbagai artikel yang boleh kita baca di dalam blog beliau.

Selasa, 4 Januari 2011

Minyak naik lagi.....

Pagi tadi masa perjalanan ke tempat kerja dengar berita di radio..Tiba2 dengar berita minyak Ron97 naik lagi. Nampak gaya nyer kena lah bertukar minyak. Dah lah minyak masak nak naik harga (kerajaan bagi tau minyak masak tidak akan naik harga) tapi pekedai runcit dah pun menaikkan harga dari harga sepeket biasanya rm2.50 menjadi rm3.50. Tak lama lagi semua makanan di gerai makan akan naik harga juga dengan alasan minyak naik. Nak buat macam mana hendak atau tidak benda tu dah menjadi satu keperluan utama. Sekarang ni pun nak cari kuih yang harga rm0.40 pun macam susah jer semuanya dah diselaraskan menjadi rm0.50. Hmm..tak tahulah kos hidup sempena tahun baru ni berapa jumlahnya dalam sebulan. Bayangkan pula bagi anak2 yang bersekolah sudah tentu makanan di kantin juga akan meningkat.

Sekarang ni kebanyakkan anak2 sekolah pagi dan petang, berapa lah jumlah perbelanjaan sekolah seharian mereka?? Belum lagi termasuk emak dan ayah punyer perbelanjaan..Huhuhu...betullah kata Tun Mahathir wang kertas ni nilainya akan sentiasa jatuh tetapi dinar atau emas akan statik macam tu sahaja..

Bas Oh Bas.....

Setiap hari apabila berada di atas jalan pelbagai gelagat pemandu-pemandu jalan raya yang dapat di lihat..terutama sekali perkhidmatan awam, bas!!! Kadang-kadang terfikir juga pelbagai alternatif yang Kerajaan ingin laksanakan utk meningkatkan perkhidmatan awam (bas) tetapi apa lah pula yang ada difikiran pemandu-pemandu tersebut.Hmm mungkin kebanyakkan pemndu bas yang berbuat sebegitu bukan daripada warganegara malaysia atau sebaliknya. Kadangkala pemandu2 bas ni sesuka hati sahaja di mana mereka hendak mengambil penumpang dan secara tidak langsung akan terus memberhentikan kenderaan yang dibawanya untuk mengambil penumpang tersebut. Bayangkan kenderaan yang berada berhampiran bas tersebut lebih2 lagi bagi kenderaan yang betul2 berada dibelakangnya. Rasanya macam dah tak ada undang2 atau pemndu2 tersebut tidak tahu di mana sepatutnya mereka perlu mengambil penumpang mereka. Penat kerajaan membina tempat perhentian bas bagi memudahkan semua pengguna jalan raya tetapi perkara tersebut tidak diendahkan. Sekiranya perkara ini terus berlarutan apa lah akan jadi dengan bandaraya Kuala Lumpur,.....