Selasa, 14 Disember 2010

Syukur Alhamdulillah...

Salam...

Syukur Alhamdulillah dengan limpahan dan kurniaanNya, segala urusan dipermudahkan olehNya. Keputusan peperiksaan dan keputusan tesis dah pun keluar. Segala usaha selama satu semester telah pun mendapat hasil yang diinginkan.

Hari ni nak syer dengan kengkawan semua tentang sekiranya kita membaca surah2 dalam Al-Quran serta fadhilat amalan membacanya.

Surah Al Waqiah

a) Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas tiap kali solat Asar sebanyak 14 kali, Insya Allah mudah mendapat rezeki.

b) Jika di bacakan kepada orang yang sakit, Insya Allah akan ringanlah sakitnya.

c) Jika di bacakan kepada orang yang nazak , Insya Allah akan memudahkan sakaratulmautnya.

d) Jika dibacakan untuk ahli kubur, Insya Allah akan ringan siksa kuburnya.

Manakala menurut Al-Baihaqi pula,

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam akan terjatuhlah ia dari kepapaan selama-lamanya".


Surah As Sajdah

Hadis dari Rasulullah S.A.W. menerangkan berbagai fadhilat bagi mereka yang mengamalkan surah As-Sajdah adalah:

a) Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

b) Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang tetap solatnya pada malam lailatulqadar

c) Mendapat hidayah ilmu yang yakin

d) Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

2 ulasan:

  1. Wah.. mcmana dgn result thesis? ajarkan kakt leh?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...bole k.tie aper salahnyer...

    BalasPadam