Rabu, 1 Disember 2010

Prototaip EV Flagship UTM-Proton


Info pasal kereta pulak...


Mengenai satu R&D yang telah dijalankan diantara UTM dan Proton telah berjaya menghasilkan kenderaan elektrik (EV) dengan menggunakan model terbaru Proton Saga. Penyelidikan tersebut telah dijalankan selama 11 bulan hasil usahasama di antara pensyarah, pelajar, juruteknik UTM dan jurutera serta juruteknik Jabatan Penyelidikan Proton.

Tujuan kerjasama bagi mempromosikan hasil kerja tempatan yang setanding dengan kereta elektrik buatan negara luar. Dinamakan projek usahasama Protptaip EV Flagship kerana penghasilan produk hijau bagi memelihara alam sekitar. Dimana EV tidak akan mengeluarkan bunyi dan asap apabila ia bergerak. Sekiranya hendak digunakan, bateri perlu di cas selama 8 jam ia juga merupakan jenis mesra alam dan tidak perlu menukar minyak enjin.

Buat masa ini produk tersebut bukan untuk dijual sebaliknya hanya untuk penyelidikan bagi menghasilkan kenderaan yang lebih berdaya saing apabila Proton bersedia untuk menjualnya kelak.


Info Prototaip EV Flagship UTM-Proton


  • kelajuan 125km/j

  • bateri bertahan sejauh 160km.

  • bateri perlu dicas selama 8 jam.

  • menggunakan bateri sama seperti telefon bimbit , lithium-ion.

  • menggunakan lampu kereta Diod Pemancarf Cahaya (LED) digital.

  • menjimatkan tenaga di antara 70-80 peratus.


Sumber: Siti Kamila (Kosmo, Khamis 2 Dis 2010).


* cuba kita bayangkan kalau negara kita ini semua kenderaan menggunakan kenderaan jenis elektrik...hmmm...alam sekitar mesti selamat termasuklah kita kerana tidak lagi menghidu asap kenderaan seperti sekarang....

2 ulasan:

  1. mesti senyap je jln raya nanti..alih2 hon pun tak berbunyi hehehe...bagus2,asap pun takde

    BalasPadam
  2. Tu lah maser tu mesti ddengar bunyi burung2 dan suara orang awam jer kan...tp bayangkan pula kalo tak dengar langsung alih2 keter tersadai jer..haa payah gak...

    BalasPadam