Isnin, 20 Disember 2010

Di Balik Cermin Mimpi

Ni merupakan lirik lagu M.Nasir..suka dengar lagu-lagunyer kadangkala maksud yang ingin kena diselami dengan apa yang ingin disampaikan supaya faham.


Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Bila tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Selasa, 14 Disember 2010

Syukur Alhamdulillah...

Salam...

Syukur Alhamdulillah dengan limpahan dan kurniaanNya, segala urusan dipermudahkan olehNya. Keputusan peperiksaan dan keputusan tesis dah pun keluar. Segala usaha selama satu semester telah pun mendapat hasil yang diinginkan.

Hari ni nak syer dengan kengkawan semua tentang sekiranya kita membaca surah2 dalam Al-Quran serta fadhilat amalan membacanya.

Surah Al Waqiah

a) Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas tiap kali solat Asar sebanyak 14 kali, Insya Allah mudah mendapat rezeki.

b) Jika di bacakan kepada orang yang sakit, Insya Allah akan ringanlah sakitnya.

c) Jika di bacakan kepada orang yang nazak , Insya Allah akan memudahkan sakaratulmautnya.

d) Jika dibacakan untuk ahli kubur, Insya Allah akan ringan siksa kuburnya.

Manakala menurut Al-Baihaqi pula,

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam akan terjatuhlah ia dari kepapaan selama-lamanya".


Surah As Sajdah

Hadis dari Rasulullah S.A.W. menerangkan berbagai fadhilat bagi mereka yang mengamalkan surah As-Sajdah adalah:

a) Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

b) Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang tetap solatnya pada malam lailatulqadar

c) Mendapat hidayah ilmu yang yakin

d) Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Khamis, 9 Disember 2010

Jom Masuk Contest Sudoku

Salam..

Pagi ni semasa berjalan-jalan di blog kengkawan, tiba2 ternampak contest yang menarik hati...hmmm..dah lamer tak wat sudoku...best gak maklumlah dah lamer tak buat..utk pengetahuan kengkawan, contest ni dibuat oleh Luffy. Jom kita meramaikan masuk contest ni...




Syarat2 nak masuk contest:


1. Anda mesti seorang blogger
2. Anda nak follow boleh, taknak pun boleh tapi keutamaan diberikan kepada follower BLOG BUDAK KAMPUS
3. Buat entry bertajuk: JOM MAIN SUDOKU CONTEST BY LUFFY
4. Mesti letak banner contest tu kat entry dan side bar
anda dan linkkan ke blog ni
5. Tinggalkan link entry anda di comment box entry ini saje
6. Tak kisah macam mana cara anda jawab, guna Microsoft Word
ke,Excel ke atau cara lain asalkan jawapan betul
7. Emelkan jawapan anda ke rfizu27@yahoo.com untuk mengelakkan aktiviti copy-mengcopy jawapan orang lain
8. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jawapan yang betul
melalui cabutan bertuah dan diumumkan selepas
tamat contest ini di dalam entry khas
9. Tag sorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda


Tarikh tutup : 25 DEC 2010

Ahad, 5 Disember 2010

Cuti-Cuti Malaysia




Jan 2010 ari tu gi jalan2 ke Terengganu. Cantik dan menarik juga tempat yang dapat di lawati antaranya Pasar Payang, Masjid Terapung, Masjid Kristal tak lupa juga di perkampungan nelayan (tak ingat pelak nama tempat tu). Hmm...masa pergi pasar payang memang kalo tgk semua nak beli termasuklah kain sutera Terengganu. Harga yang ditawarkan berbanding dengan harga di K.Lumpur ni memang sangat berbeza. Sampai raser nak pergi lagi sekali lah. Pastu keropok kat saner memang best.
Sekarang ni dah masuk bulan Disember...Hmmm tgh dok fikir2 maner tempat nak pergi berjalan pulak...Kepada blogger2 kalo ader tempat yang menarik bole lah share..

Kuih Karipap



Sabtu ari tu teringin nak makan karipap yang dibuat sendiri...slalunyer makan karipap beli..kali ni nak special sikit.Hehehe..karipap kentang ayam.Mujur bahan2 semua dah ada..Haaa inilah dier hasilnyer






Rabu, 1 Disember 2010

Prototaip EV Flagship UTM-Proton


Info pasal kereta pulak...


Mengenai satu R&D yang telah dijalankan diantara UTM dan Proton telah berjaya menghasilkan kenderaan elektrik (EV) dengan menggunakan model terbaru Proton Saga. Penyelidikan tersebut telah dijalankan selama 11 bulan hasil usahasama di antara pensyarah, pelajar, juruteknik UTM dan jurutera serta juruteknik Jabatan Penyelidikan Proton.

Tujuan kerjasama bagi mempromosikan hasil kerja tempatan yang setanding dengan kereta elektrik buatan negara luar. Dinamakan projek usahasama Protptaip EV Flagship kerana penghasilan produk hijau bagi memelihara alam sekitar. Dimana EV tidak akan mengeluarkan bunyi dan asap apabila ia bergerak. Sekiranya hendak digunakan, bateri perlu di cas selama 8 jam ia juga merupakan jenis mesra alam dan tidak perlu menukar minyak enjin.

Buat masa ini produk tersebut bukan untuk dijual sebaliknya hanya untuk penyelidikan bagi menghasilkan kenderaan yang lebih berdaya saing apabila Proton bersedia untuk menjualnya kelak.


Info Prototaip EV Flagship UTM-Proton


  • kelajuan 125km/j

  • bateri bertahan sejauh 160km.

  • bateri perlu dicas selama 8 jam.

  • menggunakan bateri sama seperti telefon bimbit , lithium-ion.

  • menggunakan lampu kereta Diod Pemancarf Cahaya (LED) digital.

  • menjimatkan tenaga di antara 70-80 peratus.


Sumber: Siti Kamila (Kosmo, Khamis 2 Dis 2010).


* cuba kita bayangkan kalau negara kita ini semua kenderaan menggunakan kenderaan jenis elektrik...hmmm...alam sekitar mesti selamat termasuklah kita kerana tidak lagi menghidu asap kenderaan seperti sekarang....