Isnin, 22 November 2010

Simbol Sebuah Kesetiaan


Yang penting selesa
Sedap dipakai dan sedap juga dipandang mata

Semahal mana harganya
Dikaki juga letaknya
Kekadang terpijak becak...terpijak najis

Semahal mana harganya
Tidak mungkin setanding
Yang tersarung di kaki Bilal bin Rabbah
Yang bunyi derapnya kedengaran Rasul
Di dalam syurga
Walhal dia bukanlah hartawan terkemuka
atau figure disanjung merata

Sepasang sepatu
Simbol sebuah kesetiaan
Jika merah di kanan..merah jugalah dikiri
Hitam di kiri...tiada manisnya putih di kanan
Atau kiasan pada iman dan ketaatan
Pada jujur dan keikhlasan
bahawa cakap dan ucap
Jangan bersalahan
Dengan buat dan gerak

Nanti tidak selesa
Tidak sedap dipakai
Dan..tidak indah dipandang mata....



Jangan berjalan dengan memakai kasut sebelah. Pakailah kedua-duanya atau jangan dipakai sama sekali.

-Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a-

Sumber: Majalah Anis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan