Isnin, 15 November 2010

Panduan Kebahagian Rumah Tangga

Salam....

Antara salah satu tajuk di dalam surat khabar hari ni adalah berkenaan dengan kebahagiaan rumahtangga...ada beberapa tips yang boleh kita kongsi bersama buat tatapan semua pembaca yang sumbernya dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. (Utusan Online ,16 Nov 2010).

1. Jangan Peras pendapatan isteri. Contohnya sekiranya isteri bekerja jangan suami peras isteri seperti pinjam duit isteri. Walaupun di dalam rumah adalah suami dan isteri tetapi pinjam tetap pinjam duit isteri perlu dikembalikan (bayar balik). ini adalah kerana tanggungjawab dalam hal rumah tangga, anak dan isteri adalah suami.

2. Tidak menjadikan artis yang sudah bercerai sebagai idola. Kesannya akan memberi impak yang negatif kepada masyarakat.

3. Manakala bagi pasangan yang sudah bertunang, beliau berpendapat tidak digalakkan bertunang lama-lama sehingga 2 atau tiga tahun kerana dikhuatiri sesuatu perkara negatif akan berlaku.

1 ulasan:

  1. Betul tu..tunang lama2 tak elok..pastu skang ni trend ikut artis dan yg paing ramai kaum lelaki suka amik kesempatan terhadap perempuan..mentang2 kita senang,dia pun lupa tanggungjawab sbg seorg ketua keluarga

    BalasPadam