Isnin, 18 Oktober 2010

Kerja Berpasukan

Aspek R&D dapat dilakukan dengan secara berpasukan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat

Pencapaian ekonomi Jepun yang luar biasa sering dikaitkan dengan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta peningkatan secara berterusan teknologi yang dicapai oleh syarikatnya. Kedua-dua aspek ini penting bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan dapat memenuhi kehendak pasaran. Jepun bukan sahaja berjaya mengetepikan kritikan Barat kepada keluarannya, namun berjaya membuktikan kepada mereka bahawa produk yang dihasilkan diterima baik oleh masyarakat dunia termasuk pengguna di Barat sendiri.

Barangan jepun lebih murah apabila di bandingkan dengan hasil keluaran daripada Barat dengan mutu yang setara. Semua ini dicapai melalui penyelidikan dan pembnagunan yang berterusan. Oleh yang demikian aspek R&D tidak boleh diabaikan bagi mencapai status Negara maju. Ini hanya dapat dilakukan dengan kerja secara berpasukan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

Orang Jepun sejak kecil lagi di didik dengan nilai-nilai kejujuran kebersihan dan kesempurnaan. Disebabkan itulah orang Jepun cermat, cerewet dan teliti dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka memberikan perhatian kepada semua perkara di mana setiap kerja tidak boleh di lakukan sambil lewa. Orang Jepun melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Mereka juga mementingkan kualiti. Bagi memperoleh kualiti yang baik, kecekapan bekerja, penggunaan bahan mentah dan masa yang optimum perlu diberikan penekanan yang khusus. Ini bagi mengelakkan pembaziran yang menyebabkan peningkatan kos dan mengurangkan kadar produktiviti.

Proses pembentukan sikap dan tabiat kerja ini bermula apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Pada peringkat pendidikan prasekolah, pelajar-pelajar yang cerdik didedahkan kepada bahan pengajaran dan pembelajaran yang menitik beratkan aspek penciptaan dan rekacipta. Sejak kecil lagi mereka dibiasakan dengan pendidikan yang berbentuk permainan ala pengurusan. Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan kanak-kanak dan para pelajar kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Setiap kumpulan diberikan tugasan dalam kelas supaya mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan. Penekanan kepada skerja secara berkumpulan wujud dalam semua Organisasi dan syarikat Jepun. Setiap anggota mesti memberikan sumbangan kepada kumpulannnya. Bagi membentuk sikap ini, perbincangan dan perjumpaan pada setiap hari ataupun setiap minggu dilakukan bagi mencari kaedah terbaik supaya dapat meningkatkan kecekapan serta produktiviti bahagiannya.

Semua pekerja dianggap sebagai sebahagian daripada organisasinya. Para pekerja berasa bangga apabila mengaitkan dirinya dengan Organisasi tempat mereka bekerja. Mereka juga mewakili Organisasi dan lebih suka memperkenalkan diri sebagai anggota sesebuah Organisasi daripada perkenalkan diri secara individu. Orang Jepun berasa bangga dan megah apabila dapat bekerja dalam Organisasi yang besar dan berprestij. Estem diri mereka meningkat apabila dapat mewakili Organisasi berkenaan, sekaligus juga meningkatkan motivasi dan prestasi kerja.

Di Organisasi Jepun, individu tidak penting biar pun berjawatan tinggi. Penilaian kecemerlangan di buat berdasarkan setakat mana seseorang itu dapat bekerjasama dengan rakannya dalam satu pasukan. Kerja secara berpasukan dapat menangani segala masalah bersama. Apa yang dilakukan oleh pekerja bukan untuk diri mereka tetapi untuk pasukan atau kumpulan mereka. Kerja berpasukan dapat mengeratkan hubungan antara pekerja dan ini menjadi salah satu asas kejayan Organisasi Jepun.

Selain daripada R&D dan pembangunan dalam teknologi, kejayaan jepun juga banyak disumbangkan oleh semangat perkumpulan yang menjadi teras kepada seluruh Organisasi di Jepun sama ada dalam bentuk formal atau tidak. Tiada jurang yang memisahkan setiap anggita dalam kumpulan. Hubungan mereka dapat diibaratkan seperti sebuah keluarga yang besar. Setiap anggota perlu saling bantu-membantu dan percaya antara satu sama lain. Taat setia kepada Organisasi jauh mengatasi kecintaan pada keluarga dan anak isteri di rumah. Arahan ketua perlu dipatuhi manakala pandanga serta cadangan anggota bawahan perlu dihormati. Sikap inilah yang menjadikan para peekrja Jepun bekerja bermati-matian bagi memajukan Organisasinya. Masa depan dan hidup matinya adalah bersama-sam Organisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan