Isnin, 11 Oktober 2010

8. “I Wasnt Satisfied Just To Earn A Good Living. I Was Looking To Make A Statement”.

Orang yang seronok dengan kerjayanya akan sentiasa membuat kelainan. Selain tu, bila mereka berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, mereka akan cuba menjadi unik, supaya mereka mudah dikenali dan senang diingati.

Bila mereka tiada atau tidak lagi bergiat cergas, nama mereka diingati kerana keunikan mereka, kelainan yang ditonjolkan dan perbezaan mereka dengan orang lain. Selain tu, dalam kerjaya mereka tak mudah berpuas hati dengan apa yang ada bahkan berusaha sekuat mungkin untuk mendapat yang lebih baik dari sebelumnya.

Hasil yang lebih baik ni akan muncul bila kelainan dan keunikan yang ditonjolkan oleh mereka dikenalpasti oleh orang lain. Saya ambil contoh dalam bidang muzik.

Lihat saja kelainan yang ditonjolkan oleh Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan rakan-rakannya yang lain seperti Aziz Sattar (klik video dibawah – lawaknya masih power!). Dalam beribu seniman, penyanyi, pelawak, penggubah lagu, penulis lirik, pelakon dan pengarah, tiada yang serupa dengan stail yang ditonjolkan olehnya sehingga ke hari ini.

Dalam bidang blogging, lihat perbezaan di antara LiewCF, Amit Agarwal, John Chow, ShoeMoney dan TechCrunch. Mereka semua minat IT, teknologi dan Internet. Memang ketara mereka mempunyai minat yang sama kerana mereka menulis artikel blog dalam bidang yang sama (komputer, teknologi, internet).

Tetapi, setiap daripada mereka mencari-cari apa yang membuat mereka berbeza antara satu sama lain. Akhirnya, kelainan mula muncul dari segi latar belakang, pendidikan, stail penulisan blog dan motto masing-masing. Itulah yang menjadi kelainan mereka dan pencetus kejayaan mereka sebagai blogger professional.

Kata Donald Trump, “the point is this – if you have an inescapable drive and passion for something, there is no way you can fail at it. Maksudnya, jika Anda sudah ada minat mendalam pada satu perkara, agak payah untuk Anda gagal di dalamnya.

Buktinya? Minat Donald Trump adalah dalam bidang hartanah dan pembinaan. Namanya gah sebagai billionaire hartanah, bahkan menjadi ikon dalam bidang tersebut di seluruh dunia. Dia berjaya dalam banyak rundingan bisnes dan dengan kepintrannya, dia berjaya bangkit dari kerugian yang hampir menjatuhkan perniagaannya beberapa tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan