Isnin, 11 Oktober 2010

7. “I Try To Learn From The Past, But I Plan For The Future By Focusing Exclusively On The Present”.

Boleh jadikan masa lalu sebagai panduan, pengajaran dan pengalaman tetapi jangan asyik menjadikan pencapaian di masa lepas sebagai kayu pengukur pencapaian masa sekarang dan di masa akan datang. Apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa kini dan masa hadapan.
Jadi, kenapa perlu samakan masa kini dengan masa lalu? Yang dulu tu dulu, yang sekarang, sekarang.
Kata Donald Trump lagi, “by focusing on what you can do today to change your life, you are ensuring that you will reach your goals sooner rather than ‘someday’ “. Fokus pada apa yang Anda boleh lakukan hari ini untuk mengubah masa depan Anda.
Bila melakukannya step by step, sudah pasti apa matlamat yang Anda mahu capai lebih cepat datang pada Anda, berbanding jika asyik menyamakan masa kini dengan masa lalu. Jika asyik memandang ke belakang, takkan ada kemajuan.
Pendek kata, fokus biar ke masa depan, bukannya asyik memandang ke belakang. Perkara yang lepas, usah di kenang lagi, biarkan berlalu begitu saja kerana ada perkara lain di masa hadapan yang lebih penting, lebih cemerlang dan yang lebih berjaya.
Walaupun Donald Trump pernah diisytihar muflis gara-gara hutang dan hampir bankrup di masa lalu, dia tak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang atau sebagai sebab untuk dia berhenti, bahkan menukar kegagalan di masa lalu sebagai pembakar semangat untuk dia bangkit semula dari kesilapannya. Akhirnya, dia berjaya menjadikan namanya gah di seluruh dunia.
Anda bagaimana pula?
Apa yang Anda mahu capai dalam hidup ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan