Isnin, 11 Oktober 2010

5.“You’re Generally Better Off Sticking With What You Know”.

Maksudnya, lebih baik Anda menguasai bidang kemahiran yang banyak Anda ketahui dan yang Anda sukai lebih dari orang lain.
Tambahkan kemahiran Anda dengan banyak membaca, mengkaji dan melatih diri supaya Anda menjadi semakin mahir dari sehari ke sehari lalu maju setapak dari orang lain dalam bidang tersebut. Akhirnya, tiada siapa yang akan menandingi Anda.
Anda akan dianggap pakar dalam bidang itu. Peluang-peluang kejayaan sentiasa muncul bila Anda sudah menjadi pakar dalam sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam bidang kerjaya yang menjadi minat Anda, passion Anda.
Duit yang banyak akan datang dengan sendirinya bila Anda melakukan apa yang Anda minat. Ayat ni bukan saya yang kata, tapi Azizi Ali yang kata.
Tak percaya? Beli buku Jutawan Ekstreme dan buka muka surat 77.
Di dalam halaman tersebut, Azizi Ali memberitahu, “Lakukan apa yang Anda ingin lakukan dan apa yang menggembirakan Anda”. Kesannya, Anda akan dapat melalui banyak perkara indah dan yang tak disangka.

Azizi Ali juga memberi beberapa contoh, antaranya Anda akan…
• hidup bahagia
• menjadi pakar dalam bidang tertentu
• membangunkan kemahiran
• gembira dengan pekerjaan Anda
• gembira dengan kehidupan Anda
• membuat wanga yang banyak (dan semakin banyak!)
• berasa puas kerana wang itu datangnya dari kerja yang Anda cintai
• menjadi lebih sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan