Isnin, 11 Oktober 2010

3. “Listen To Your Gut,No Matter How Good Something Sounds On Paper”

Bak kata Andrew Matthew, Follow Your Heart. Naluri kita merupakan suara bisikan dari roh kita. Perkataan lain, ia dikenali sebagai gerak hati, intiusi dan deria keenam.
Dalam apa jua yang kita lakukan, perlu selalu dengar kata hati kerana dia melihat apa yang tak dinampak oleh mata kasar kita. Mata hati melihat yang halus dan yang tak terfikir oleh kita.
Dengan itu, perlu berjaga-jaga dan bersedia, tak kira baik atau buruk. Maksudnya, kita bersedia untuk berdepan dengan yang buruk dan dalam masa yang sama, bersedia untuk berdepan dengan yang terbaik.
Kekadang kita tak mengendahkan kata hati atau bisikan naluri, tapi menyesal bila apa yang kita tak ingini berlaku tanpa disedari. Donald Trump kata, “instinct play a special role in any kind of business you’re engaged in”.
Dengar kata naluri Anda dalam membuat keputusan atau ketika mahu membuat sesuatu perjanjian. Sebalik jasmani, kita ada rohani.
Selalulah meihat ragam dunia dari perspektif berlainan.
Dari situ, Anda akan nampak perbezaanya.

1 ulasan:

  1. Betul tu..tapi adakalanya kita kena hati2 jugak sbb pepatah ada menyebut ikut hati mati..ermm..cane tu? eh ye ke?

    BalasPadam