Jumaat, 29 Oktober 2010

Pembentangan Tesis

Salam....

Tinggal beberapa hari sahaja utk membuat pembentangan tesis (research) kat UTM J.B.
Risaunyer hanya Allah sahaja yang tahu...Macam2 bender yang perlu difikirkan..
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku...InsyaAllah...

Kepada kengkawan...doakan semuanya selamat

Asas links dalam HTML - Cara nak buat TAG

Salam...kengkawan saya nak blajar nak buat tag dalam blog....br baca blog hujanbatu tapi tak try lagi...lepas ni nak try jd ker tak...almaklumlah br berjinak2 dengan blog...hehehe

________________________________________________________________________

Ok setelah membaca cara nak buat akhirnya berjaya juga...kepada kengkawan yang nak tahu macam mana nak buat tag sila baca di bahagian komen...

Kalo nak info lanjut klik paparan di bawah

Asas links dalam HTML

Kejadian pada hari khamis petang....

Salam.....nak citer ckit...
Semalam masa balik rumah dalam pukul 5 lebih on the way nak masuk Ukay Perdana jln jem teruk..ingat nyer ada kemalangan sbb tengok ramai orang berkerumun....tp yg musykilnyer biler lalu di jalan berkenaan tak der pun kemalangan....jd kes tutup...

Pagi td baru dapat tahu rupanya yg menyebabkan jalan jem semalam dah masuk paper...ader orang jumpa beg dan di dalamnya ader orang lagi....terperanjat jugak dengar...sbb kejadian skrg ni macam2....dekat pulak tu....takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...

myMetro | Mayat berlipat dalam beg

Rabu, 27 Oktober 2010

1st Lucky Draw by Atie Aizam









Kepada kengkawan yang ada blog bolehlah join contest yang K.tie buat iaitu 1sty Lucky Draw by Atie Aizam...Mula2 buat tak jadi..akhir nya percubaan yang keberapa kali baru berjaya..Almaklumlah tak berapa pandai sangat...hehehe....






T.kasih k.tie sbb anjurkan contest..At least dah dapat ilmu baru...Harap2 percubaan pertama kali ni bole menang untuk bagi motivate diri supaya explore lagi dalam membina blog...

tag: missfarra , suehada








Rabu, 20 Oktober 2010

Sayyidul Istighfar (Istighfar yang Paling Utama)

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada Ilah yang haq melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku, aku adalah hamba-Mu, aku di atas perjanjian-Mu sesuai kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan amalanku. Aku mengakui nikmat-nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku, aku mengakui dosa-dosaku. Ampunilah aku kerana sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau.”


“Barangsiapa membacanya di waktu siang dalam keadaan meyakini maknanya kemudian ia meninggal pada hari itu sebelum petang maka ia termasuk penduduk surga. Dan barangsiapa membacanya di waktu malam dalam keadaan meyakini maknanya kemudian ia meninggal sebelum masuk waktu subuh maka ia termasuk penduduk surga.” (HR. Al-Bukhari dari sahabat Syaddad ibnu Aus radhiyallahu ‘anhu)

Hobi : Mengumpul Sticker (Dora, Mickey, Pooh n Friends)



Sticker

Salah satu hobi Nisrina adalah mengumpul sticker...Ini adalah sebahagian sticker yang dikumpul olehnyer.....kalau tak dapat sticker hmm..apa lagi...

Isnin, 18 Oktober 2010

Kerja Berpasukan

Aspek R&D dapat dilakukan dengan secara berpasukan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat

Pencapaian ekonomi Jepun yang luar biasa sering dikaitkan dengan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta peningkatan secara berterusan teknologi yang dicapai oleh syarikatnya. Kedua-dua aspek ini penting bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan dapat memenuhi kehendak pasaran. Jepun bukan sahaja berjaya mengetepikan kritikan Barat kepada keluarannya, namun berjaya membuktikan kepada mereka bahawa produk yang dihasilkan diterima baik oleh masyarakat dunia termasuk pengguna di Barat sendiri.

Barangan jepun lebih murah apabila di bandingkan dengan hasil keluaran daripada Barat dengan mutu yang setara. Semua ini dicapai melalui penyelidikan dan pembnagunan yang berterusan. Oleh yang demikian aspek R&D tidak boleh diabaikan bagi mencapai status Negara maju. Ini hanya dapat dilakukan dengan kerja secara berpasukan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

Orang Jepun sejak kecil lagi di didik dengan nilai-nilai kejujuran kebersihan dan kesempurnaan. Disebabkan itulah orang Jepun cermat, cerewet dan teliti dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka memberikan perhatian kepada semua perkara di mana setiap kerja tidak boleh di lakukan sambil lewa. Orang Jepun melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Mereka juga mementingkan kualiti. Bagi memperoleh kualiti yang baik, kecekapan bekerja, penggunaan bahan mentah dan masa yang optimum perlu diberikan penekanan yang khusus. Ini bagi mengelakkan pembaziran yang menyebabkan peningkatan kos dan mengurangkan kadar produktiviti.

Proses pembentukan sikap dan tabiat kerja ini bermula apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Pada peringkat pendidikan prasekolah, pelajar-pelajar yang cerdik didedahkan kepada bahan pengajaran dan pembelajaran yang menitik beratkan aspek penciptaan dan rekacipta. Sejak kecil lagi mereka dibiasakan dengan pendidikan yang berbentuk permainan ala pengurusan. Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan kanak-kanak dan para pelajar kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Setiap kumpulan diberikan tugasan dalam kelas supaya mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan. Penekanan kepada skerja secara berkumpulan wujud dalam semua Organisasi dan syarikat Jepun. Setiap anggota mesti memberikan sumbangan kepada kumpulannnya. Bagi membentuk sikap ini, perbincangan dan perjumpaan pada setiap hari ataupun setiap minggu dilakukan bagi mencari kaedah terbaik supaya dapat meningkatkan kecekapan serta produktiviti bahagiannya.

Semua pekerja dianggap sebagai sebahagian daripada organisasinya. Para pekerja berasa bangga apabila mengaitkan dirinya dengan Organisasi tempat mereka bekerja. Mereka juga mewakili Organisasi dan lebih suka memperkenalkan diri sebagai anggota sesebuah Organisasi daripada perkenalkan diri secara individu. Orang Jepun berasa bangga dan megah apabila dapat bekerja dalam Organisasi yang besar dan berprestij. Estem diri mereka meningkat apabila dapat mewakili Organisasi berkenaan, sekaligus juga meningkatkan motivasi dan prestasi kerja.

Di Organisasi Jepun, individu tidak penting biar pun berjawatan tinggi. Penilaian kecemerlangan di buat berdasarkan setakat mana seseorang itu dapat bekerjasama dengan rakannya dalam satu pasukan. Kerja secara berpasukan dapat menangani segala masalah bersama. Apa yang dilakukan oleh pekerja bukan untuk diri mereka tetapi untuk pasukan atau kumpulan mereka. Kerja berpasukan dapat mengeratkan hubungan antara pekerja dan ini menjadi salah satu asas kejayan Organisasi Jepun.

Selain daripada R&D dan pembangunan dalam teknologi, kejayaan jepun juga banyak disumbangkan oleh semangat perkumpulan yang menjadi teras kepada seluruh Organisasi di Jepun sama ada dalam bentuk formal atau tidak. Tiada jurang yang memisahkan setiap anggita dalam kumpulan. Hubungan mereka dapat diibaratkan seperti sebuah keluarga yang besar. Setiap anggota perlu saling bantu-membantu dan percaya antara satu sama lain. Taat setia kepada Organisasi jauh mengatasi kecintaan pada keluarga dan anak isteri di rumah. Arahan ketua perlu dipatuhi manakala pandanga serta cadangan anggota bawahan perlu dihormati. Sikap inilah yang menjadikan para peekrja Jepun bekerja bermati-matian bagi memajukan Organisasinya. Masa depan dan hidup matinya adalah bersama-sam Organisasi.

Isnin, 11 Oktober 2010

10. "I Accept Critics. I Listen To The Bad And I Hear The Good. Whatever People Put A Bad Critic On Me, My Business or My Job, I Just Ignore Them”.

Apa jua yang kita lakukan dan bila ia dilihat oleh orang lain, mereka cenderung untuk mengkritik. Secara default (automatik) kritikan yang keluar adalah negatif,
Jarang Anda jumpa orang yang berfikiran positif yang selalu bersangka baik. Memang jarang. Perkara ini saya lalui sendiri.
Bila Anda dikritik teruk, seperti kata Donald Trump, biarkan saja mereka. Respon Anda? Senyum. Senyum dan terus tersenyum.

They always talking, talking and talking.
Mereka hanya sekadar bercakap, cakap dan terus bercakap mengikut ukuran mereka dan pengamatan mereka sendiri. Sometimes, mereka memaki “bodoh.”
Bila Anda mengalami situasi sebegini dan semangat Anda turun, biarkan saja mereka. Teruskan dengan kerja Anda dan teruskan dengan semangat usaha Anda memburu kejayaan, mahu mencapai apa yang Anda targetkan.

Pengkritik negatif sebegini sebenarnya tidak menghormati orang lain dan hanya tahu mengkritik mengikut persepsi mereka saja. Cara terbaik berdepan dengan kritkan mereka, buat tak kisah atau kata lainnya, buat “donno”.
Kesannya, mereka akan diam juga. Paling ketara, mereka semakin ketinggalan dari segi pencapaian akademik, kerjaya, kewangan dan intelektual manakala Anda pula semakin maju ke depan meninggalkan mereka.

Orang yang kuat mengkritik sebenarnya malas berusaha. Orang yang rajin berusaha, mereka lebih suka diam-diam.
Jangan patah semangat bila mendengar kritikan negatif. Tukar ia sebagai pembakar semangat untuk Anda buat yang lebih baik. Be strong!
Kata-kata membina Donald Trump dalam buku We Want You To Be Rich..“We’re made to make mistakes. But, we can learn from mistakes. I even fail once!”
Menjadi billionaire dan orang femes seperti Donald Trump amat sukar dan memerlukan ketahanan mental kerana Anda berdepan dengan beribu kritkan negatif dari orang sekeliling yang hanya tahu menuding jari kesilapan kecil yang Anda pernah lakukan, walaupun ia sebesar kaki semut.

Hanya Anda yang tahu apa yang terbaik untuk diri Anda sendiri. Oleh itu, bila dikritik, tukar kritikan tersebut menjadi api yang membara, membakar semangat Anda, hangat memacu usaha Anda untuk terus mencapai kejayaan dalam kerjaya, pelajaran mahupun bisnes.
9. “Money Was Never A Big Motivation For Me, Except As A Way To Keep Score. The Real Excitement Is Playing The Game”.

Wang bukan pencetus motivasi bagi Donald Trump. Itu juga apa yang saya tahu dari kebanyakan orang-orang berjaya melalui buku mereka, tulisan mereka dan ucapan mereka.
Wang menjadi perkara kedua.

Ayat itu juga yang saya jumpa. Ingat baik-baik ayat tu..ni dia : “wang akan datang sendiri bila Anda melakukan apa yang Anda minat dan Anda bijak memasarkan kemahiran Anda dalam bidang yang menjadi minat Anda”.

Katanya lagi.. “the thrill of the game is where you will learn everything you need to know about becoming successfull”. Bila sudah ada gabungan di antara ilmu, kemahiran dan pengalaman, mudah untuk Anda mencapai kejayaan dalam apa jua yang Anda lakukan, khususnya bidang yang Anda minati.

Mengapa minat menjadi perkara utama bagi Donald Trump? Kerana minat tu yang mendorong dia untuk belajar banyak perkara baru dalam hartanah, jadi berani dan berniaga dengan penuh dedikasi sejak dia bekerja dengan bapanya dari zaman muda lagi.
Bekerja bagaikan berseronok baginya dan bagai tiada istilah ‘kerja’ dalam diri Donald Trump. Bila rasa seronok, Anda akan rasa gembira dan muncul kepuasan dalam diri Anda.
Bila satu perkara tu menjadi minat, kita akan terdorong untuk tahu lebih banyak dan dahagakan ilmu. Contohnya, lihat orang yang minat main bola.. dia semestinya akan berabis nak tahu banyak pasal bola, teknik menyepak bola, menanduk, meng’kona’ bola dan semua yang berkaitan dengan bola.

Bak kata Coca-Cola, makan bola, tidur bola, mimpi bola!.
Jika Anda minat games, sudah semestinya Anda berabis nak tahu bagaimana nak menang dalam games yang Anda suka dan bagaimana Anda boleh kalahkan orang lain. Dalam proses itu, skill Anda terbina dan kehebatan Anda mula terbentuk.
Oleh kerana minat, Anda juga tak kisah main games berjam-jam lamanya dan tak kisah membayar harga mahal untuk Anda menikmati keseronokannya. Betul tak?
Nak tahu bagaimana pula Anda boleh dapat baaanyak duit dari minat Anda tu? Jawapannya, jualkan apa yang Anda tahu. Tulis kemahiran Anda dalam eBook lalu jualkan untuk mendapat untung.

Cara lain, buat video tentang bagaimana nak menang games lalu jualkan, selepas tu sudah tentu duit akan datang dengan sendirinya tanpa henti.. secara automatik, kredibiliti Anda akan terbina sebagai gamers yang hebat.
Apa saja yang Anda mahir, boleh dijual untuk menjadi panduan pada gamers yang lain. Selagi Anda masih menjual, selagi itu Anda dapat duit.
Mulai hari ini, kaji apa yang menjadi minat Anda. Minat di tempat pertama, duit di tempat kedua.
Jika duit di tempat pertama dan minat di tempat kedua , bermasalah nanti jadinya.
8. “I Wasnt Satisfied Just To Earn A Good Living. I Was Looking To Make A Statement”.

Orang yang seronok dengan kerjayanya akan sentiasa membuat kelainan. Selain tu, bila mereka berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, mereka akan cuba menjadi unik, supaya mereka mudah dikenali dan senang diingati.

Bila mereka tiada atau tidak lagi bergiat cergas, nama mereka diingati kerana keunikan mereka, kelainan yang ditonjolkan dan perbezaan mereka dengan orang lain. Selain tu, dalam kerjaya mereka tak mudah berpuas hati dengan apa yang ada bahkan berusaha sekuat mungkin untuk mendapat yang lebih baik dari sebelumnya.

Hasil yang lebih baik ni akan muncul bila kelainan dan keunikan yang ditonjolkan oleh mereka dikenalpasti oleh orang lain. Saya ambil contoh dalam bidang muzik.

Lihat saja kelainan yang ditonjolkan oleh Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan rakan-rakannya yang lain seperti Aziz Sattar (klik video dibawah – lawaknya masih power!). Dalam beribu seniman, penyanyi, pelawak, penggubah lagu, penulis lirik, pelakon dan pengarah, tiada yang serupa dengan stail yang ditonjolkan olehnya sehingga ke hari ini.

Dalam bidang blogging, lihat perbezaan di antara LiewCF, Amit Agarwal, John Chow, ShoeMoney dan TechCrunch. Mereka semua minat IT, teknologi dan Internet. Memang ketara mereka mempunyai minat yang sama kerana mereka menulis artikel blog dalam bidang yang sama (komputer, teknologi, internet).

Tetapi, setiap daripada mereka mencari-cari apa yang membuat mereka berbeza antara satu sama lain. Akhirnya, kelainan mula muncul dari segi latar belakang, pendidikan, stail penulisan blog dan motto masing-masing. Itulah yang menjadi kelainan mereka dan pencetus kejayaan mereka sebagai blogger professional.

Kata Donald Trump, “the point is this – if you have an inescapable drive and passion for something, there is no way you can fail at it. Maksudnya, jika Anda sudah ada minat mendalam pada satu perkara, agak payah untuk Anda gagal di dalamnya.

Buktinya? Minat Donald Trump adalah dalam bidang hartanah dan pembinaan. Namanya gah sebagai billionaire hartanah, bahkan menjadi ikon dalam bidang tersebut di seluruh dunia. Dia berjaya dalam banyak rundingan bisnes dan dengan kepintrannya, dia berjaya bangkit dari kerugian yang hampir menjatuhkan perniagaannya beberapa tahun lalu.
7. “I Try To Learn From The Past, But I Plan For The Future By Focusing Exclusively On The Present”.

Boleh jadikan masa lalu sebagai panduan, pengajaran dan pengalaman tetapi jangan asyik menjadikan pencapaian di masa lepas sebagai kayu pengukur pencapaian masa sekarang dan di masa akan datang. Apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa kini dan masa hadapan.
Jadi, kenapa perlu samakan masa kini dengan masa lalu? Yang dulu tu dulu, yang sekarang, sekarang.
Kata Donald Trump lagi, “by focusing on what you can do today to change your life, you are ensuring that you will reach your goals sooner rather than ‘someday’ “. Fokus pada apa yang Anda boleh lakukan hari ini untuk mengubah masa depan Anda.
Bila melakukannya step by step, sudah pasti apa matlamat yang Anda mahu capai lebih cepat datang pada Anda, berbanding jika asyik menyamakan masa kini dengan masa lalu. Jika asyik memandang ke belakang, takkan ada kemajuan.
Pendek kata, fokus biar ke masa depan, bukannya asyik memandang ke belakang. Perkara yang lepas, usah di kenang lagi, biarkan berlalu begitu saja kerana ada perkara lain di masa hadapan yang lebih penting, lebih cemerlang dan yang lebih berjaya.
Walaupun Donald Trump pernah diisytihar muflis gara-gara hutang dan hampir bankrup di masa lalu, dia tak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang atau sebagai sebab untuk dia berhenti, bahkan menukar kegagalan di masa lalu sebagai pembakar semangat untuk dia bangkit semula dari kesilapannya. Akhirnya, dia berjaya menjadikan namanya gah di seluruh dunia.
Anda bagaimana pula?
Apa yang Anda mahu capai dalam hidup ini?
6. Tips kejayaan yang keenam dari Donald Trump kali ini adalah :
“Sometimes Your Best Investments Are The Ones You Dont Make”
Donald Trump kata, tak semua pelaburan yang kita buat adalah pelaburan yang baik, tak kira sama ada pelaburan tu dalam bentuk wang, masa dan tenaga atau ketiga-tiganya sekali.
Masa Anda untuk membaca blog motivasi ini adalah salah satu bentuk pelaburan juga.
Tak semua pelaburan bagus tu bagus dan tak semua pelaburan buruk tu buruk.
Triknya, kena belajari pro dan kontra dalam setiap aspek, kaji dan selidiki serta bersedia untuk berdepan yang terburuk di kala Anda bersedia untuk mendapat yang terbaik.
Walaupun sesuatu tu bunyinya baik untuk Anda, tak semestinya ia 100% baik untuk Anda. Anda perlu bersedia berdepan dengan keburukan yang tersembunyi di sebaliknya.
Bukan nak menyuruh Anda berfikiran negatif, cuma meminta Anda perlu bersedia saja berdepan yang buruk dan yang baik.
Walaupun sesuatu tu bunyinya buruk untuk Anda, gali dan cari part mana yang baik untuk Anda.
Tak semestinya semua di dalam buruk tu buruk jadinya, mesti ada yang baik, jadi Anda perlu bersedia untuk menemuinya.
Kunci utama di sini adalah bersedia. Be prepared.
5.“You’re Generally Better Off Sticking With What You Know”.

Maksudnya, lebih baik Anda menguasai bidang kemahiran yang banyak Anda ketahui dan yang Anda sukai lebih dari orang lain.
Tambahkan kemahiran Anda dengan banyak membaca, mengkaji dan melatih diri supaya Anda menjadi semakin mahir dari sehari ke sehari lalu maju setapak dari orang lain dalam bidang tersebut. Akhirnya, tiada siapa yang akan menandingi Anda.
Anda akan dianggap pakar dalam bidang itu. Peluang-peluang kejayaan sentiasa muncul bila Anda sudah menjadi pakar dalam sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam bidang kerjaya yang menjadi minat Anda, passion Anda.
Duit yang banyak akan datang dengan sendirinya bila Anda melakukan apa yang Anda minat. Ayat ni bukan saya yang kata, tapi Azizi Ali yang kata.
Tak percaya? Beli buku Jutawan Ekstreme dan buka muka surat 77.
Di dalam halaman tersebut, Azizi Ali memberitahu, “Lakukan apa yang Anda ingin lakukan dan apa yang menggembirakan Anda”. Kesannya, Anda akan dapat melalui banyak perkara indah dan yang tak disangka.

Azizi Ali juga memberi beberapa contoh, antaranya Anda akan…
• hidup bahagia
• menjadi pakar dalam bidang tertentu
• membangunkan kemahiran
• gembira dengan pekerjaan Anda
• gembira dengan kehidupan Anda
• membuat wanga yang banyak (dan semakin banyak!)
• berasa puas kerana wang itu datangnya dari kerja yang Anda cintai
• menjadi lebih sihat
4. Apa dia? Kata Donald Trump : "Passion”.

Passion yang dimaksudkan olehnya adalah keseronokan bekerja. Orang-orang yang berjaya seronok dengan kerja mereka dan menjadikan kerjaya seharian bukan kerjaya, tapi hobi.
Lihat saja penyanyi, artis, pemuzik, penulis, blogger, designer, usahawan dan penggubah lagu.
Mereka melakukan kerja yang menjadi minat mereka. Oleh kerana dah minat, mereka sanggup melakukannya selama yang mungkin dalam sehari kerana mereka makin seronok dibuatnya.
Walaupun nampak macam bekerja, tapi sebenarnya mereka berseronok dengan ‘hobi’ mereka.
Donald Trump didedahkan dengan perniagaan hartanah (real estate) sejak dari kecil lagi. Bapany, Fred Trump mendedahkan beliau dengan kerja-kerja di tapak pembinaan sejak beliau masih remaja, lalu minat pada hartanah dan real estate muncul begitu saja dalam dirinya.
Selepas tamat latihan tentera, Donald Trump menceburkan diri dalam bidang pembangunan hartanah bersama syarikat bapanya. Setiap hari dia bekerja dengan penuh tekun, sungguh-sungguh dan konsisten, kerana dia melakukan apa yang menjadi hobi padanya.
Heran juga, ahri ini walaupun dah jadi billionaire, dia masih bekerja. Sebab, kerja itu adalah hobi baginya. Jadi, tips motivasi kali ini, cuba jadikan kerjaya Anda sekarang ini sebagai hobi Anda.
Saya percaya keseronokan akan timbul dan Anda pergi kerja dengan penuh bersemangat!
3. “Listen To Your Gut,No Matter How Good Something Sounds On Paper”

Bak kata Andrew Matthew, Follow Your Heart. Naluri kita merupakan suara bisikan dari roh kita. Perkataan lain, ia dikenali sebagai gerak hati, intiusi dan deria keenam.
Dalam apa jua yang kita lakukan, perlu selalu dengar kata hati kerana dia melihat apa yang tak dinampak oleh mata kasar kita. Mata hati melihat yang halus dan yang tak terfikir oleh kita.
Dengan itu, perlu berjaga-jaga dan bersedia, tak kira baik atau buruk. Maksudnya, kita bersedia untuk berdepan dengan yang buruk dan dalam masa yang sama, bersedia untuk berdepan dengan yang terbaik.
Kekadang kita tak mengendahkan kata hati atau bisikan naluri, tapi menyesal bila apa yang kita tak ingini berlaku tanpa disedari. Donald Trump kata, “instinct play a special role in any kind of business you’re engaged in”.
Dengar kata naluri Anda dalam membuat keputusan atau ketika mahu membuat sesuatu perjanjian. Sebalik jasmani, kita ada rohani.
Selalulah meihat ragam dunia dari perspektif berlainan.
Dari situ, Anda akan nampak perbezaanya.

Ahad, 10 Oktober 2010

2. Dalam apa jua yang Anda lakukan, buat dengan konsisten.
Maksudnya, melakukan sesuatu dengan penuh sabar, berterusan, konsisten, takde lompat-lompat dan takde main-main sehingga apa yang dihajatkan tercapai.
Konsistensi akan terhasil dari momentum. Momentum pula terhasil bila kita sudah fokus melakukan sesuatu.
Bak kata Dr Tuah, buat sampai jadi. Kekadang kita buat lebih dari satu perkara dalam satu masa. Buat biar betul-betul dan sampai nampak hasil walau cemana susahnya apa yang kita lakukan sekarang ni.
Donald Trump terjun dalam bidang hartanah dari zaman muda sampai ke tua.
Dalam waktu itu, dia tak pernah tukar bidang bisnesnya kepada bidang yang lain dan hanya menumpu kepada satu bidang saja, iaitu hartanah sedangkan level kewangan beliau membolehkannya untuk beralih arah ke bidang perniagaan lain yang lebih luas.
Tapi, dia mengambil keputusan untuk konsisten dalam hartanah sahaja.. Walaupun dia pernah rugi, di isytihar hampir bankrup dan gagal, dia bangkit semula!
Kita takkan boleh kuasai banyak perkara dalam satu masa dan kita juga tak mampu menguasai banyak kemahiran dalam satu masa, tapi kita boleh belajar apa jua kemahiran step by step, belajar langkah demi langkah.
Kata orang puteh, one thing at a time.
Kesannya, kita akan menjadi pakar. Bila dah menjadi pakar, banyak peluang-peluang akan muncul.
Di situ, muncul jalan untuk Anda berjaya mendahului orang lain di sekeliling Anda.
Ambil contoh Donald Trump, dia pakar dalam perniagaan real estate (pembangunan hartanah).
Apa jua yang Anda usahakan, be persistent.

Selasa, 5 Oktober 2010

10 tips kejayaan Donald Trumph

1. "As Long As You're Going To Be Thionking Anyway, Think BIG".

Apa yang diidamkan dan difikirkan, bina impian yang besar. Mempunyai impian yang besar akan menjana idea yang besar. Ini merupakan sikap orang yang berjaya. Jangan takut kepada mereka yang menyatakan impian anda tidak realistik kerana mereka sebenarnya takut bahawa anda lebih berjaya daripada mereka suatu hari nanti. Simpan impian diam-diam dalam diri sendiri kerana sekiranya diketahui komen negatif yang diterima akan menjatuhkan semangat untuk kita mencapai impian tersebut.