Rabu, 12 September 2012

KAM SNAP PLIERS

Assalamualaikum.....

Hari ni dapat juga barang yang nak dibeli,..puas jugak search kot ada mana2 kedai online yg menjual brg ni...kebanyakkannye dah habis stok....selepas tu jumpa blogger aniclohas yg mention brg tu ada dimual di tinytapir.com...mujur ofis dekat dengan kedai tu...order by phone n pickup di tinytapir ampang park...murah dari kedai lain...harga rm39.90 shj....


Isnin, 10 September 2012

Gaun Untuk Nisrina

Ni merupakan hasil jahitan sendiri...khas utk nisrina...


Yang warna kuning ni flower girl utk wedding ceremony on Oktober 2012

Cloth Pantyliner

Akhirnya dapat juga buat cloth pantyliner hasil tangan sendiri...Inilah hasilnya....

Selepas ni nak buat utk cloth pad pulak....utk menjaga kesihatan..hehehe

Sabtu, 26 November 2011

Kuih Puteri Ayu




Pagi tadi tak tahu nak buat menu apa..barang untuk membuat kuih puteri ayu memang dah ada. Apa lagi masa yang ada pun digunakanlah. untuk first time buat kuih ni jadi tumemeng jadi tp tepung tu keras sikit mungkin kurang air next time kene lebihkan air sedikit.

Kelas Menjahit

Assalamualaikum...

Selepas jer tamat belajar...terfikir pulak apa lagi yang perlu dibuat untuk mengisi masa yang ada. Tujuannya supaya masa yang berlalu tidak pergi begitu sahaja. Setelah puas mencari, barulah berjumpa. Kelas menjahit yang telah dibuat di kawasan rumah. Mujur dekat jer senanglah nak pergi ke kelas tersebut.

Untuk permulaannya akan mempelajari cara mengukur, pastu buat pola di kertas A4 dulu dari ukuran yang diambil tadi. Bila dah siap pola hmm apa lagi masa untuk transfer ke kertas minyak pula. Ahad lepas merupakan kelas jahitan yang pertama. Bagi bulan pertama, akan diajar cara menjahit baju blaus, jubah dan kebaya. Sebelum ni pernah belajar cara menjahit baju kurung, cuma nak meningkatkat tahap confident pada diri dengan bidang jahitan ni.

Kepada kengkawan yang nak join kelas jahitan jomlah sebulan hanya rm70 jer. Murahkan dari harga pasaran.

Isnin, 18 Julai 2011

Walnut Shoppe 1st Giveaway!

Assalamualaikum....kepada kengkawan blogger jom kita join Walnut Shoppe 1st Giveaway!






Sempena PEMBUKAAN RASMI blog Walnut Shoppe nih saya berbesar hati nak buat Giveaway saya yang pertama ni ..
Syarat-syaratnya ! :
1. Menjadi follower Walnut Shoppe.
2. Letak banner di atas dan link kan balik ke blog ini.
3. Buat entri tentang Giveaway ini yang bertajuk " Walnut Shoppe 1st Giveaway "
4. Tag sekurang-kurangnya seorang ! (pastikan mereka yang ditag tahu)
5. Tinggalkan komen anda beserta URL dan ID Follower anda (^^)
Hadiah :
Pemenang dibenarkan memilih 1 daripada hadiah seperti yang tertera di banner. Maksudnya ada 6 hadiah untuk 6 pemenang bertuah ! (Free2 je ^^)
[ Saiz : 12cm x 6cm ]
Tarikh Tutup :
10 Ogos 2011
Cara Pemenang Dipilih :
Pemenang akan dipilih menerusi cabutan undi oleh saya sendiri pada 12 Ogos 2011 .. ngee~
So tunggu apa lagi ?? Mudah jew ..pejam mata pun boleh (^^)
Notakaki : Sape yang jadi Follower ke - 100 pun akan dapat hadiah .. tapi MISTERI ..
**UPDATED : Kepada sesiapa yg baru join GA ni .. sila nyatakan sekali pilihan anda sama ada A, B, C, D, E, atau F [mula dari atas kiri]


Kepada K.tie, K.su saya dah tag untuk join.




Rabu, 13 Julai 2011

Request by IBU for TISYA birthday

Assalamualaikum.....

Ni pencil case yang di buat khas untuk Batrisyia yang akan menyambut birthday pada minggu ni. Semoga Tisya suka dengan pemberian yang diberi.